Read Nyanyian Tanjung Sepi by Noor Suraya Free Online


Ebook Nyanyian Tanjung Sepi by Noor Suraya read! Book Title: Nyanyian Tanjung Sepi
The author of the book: Noor Suraya
Edition: Creative Enterprise
The size of the: 313 KB
City - Country: No data
Date of issue: 2006
ISBN: No data
ISBN 13: No data
Language: English
Format files: PDF
Loaded: 1715 times
Reader ratings: 5.6

Read full description of the books:



Apa yang indahnya novel ini? Novel yang pada mulanya adalah naskah e-novel yang dilayarkan di teratak kecil Nyanyian Tanjung Sepi :D Sukar mahu menjawabnya kerana aku rasa keseluruhan cerita ini memang indah. Maaf kalau aku bias, tapi ini apa yang aku rasa seusai menutup cerita cinta berhalaman 755 ini. Ada rasa yang berbaur. Bukan kerana kecewa dengan penamatnya tetapi rasa kagum dengan penamat cinta antara Aqmar, Khalida dan Zainur.

Aqmar; lelaki hebat di mataku. Hampir setanding [atau mungkin lebih hebat di scene tertentu :P] dengan Din [J&D]. Selalunya kita melihat seorang wanita yang sanggup berkorban kerana cintanya tetapi mengenali Aqmar, aku tahu golongan Adam juga tidak kurang hebatnya dalam bercinta. Pengorbanannya dan perjuangannya bukan hanya kerana cinta dunia semata-mata, tetapi lebih kepada cintakan agamanya. Memang aku terharu dengan cara Aqmar meladeni rasa cintanya.

Aqmar pernah ditinggalkan oleh kekasihnya, Tunku Dara dan disebabkan itu dia hampir jadi bujang terlajak. Bukan tiada bunga yang cuba mengintainya tetapi tak tahu mengapa hatinya yang tersangkut. Bertemu dengan Khalida; gadis manis yang jauh lebih muda daripadanya telah berjaya mengetuk pintu hatinya yang tertutup rapat. Aura gadis itu menyebabkan Aqmar nanar. Angau dan benar dia sudah jatuh cinta buat kali keduanya.

Khalida sebaliknya memang menyampah dengan Aqmar tu. Siap bagi gelaran doktor gatal lagi hahaha Namun siapa sangka ada kisah keluarga yang merantai dia dan Aqmar. Cerita yang sudah berbelas-belas tahun itu diungkit kembali dan dengan rela dalam paksa Khalida menerima lamaran keluarga Aqmar.

Sukar sebenarnya meyakinkan Khalida tentang rasa cinta yang menggunung di dalam hati Aqmar. Aku memang tabik spring pada Aqmar kerana kesabarannya menanti Khalida menyambut cintanya. Rasa yang tak pernah putus asa walaupun dia tahu Khalida menerimanya kerana desakan keluarganya. Memang wajar Aqmar dihadiahkan gelaran kekasih yang terhebat. Cuma aku memang tidak setuju dengan tindakan Aqmar yang bagaikan membelakangkan Khalida ketika dia mengambil Tunku Dara sebagai isteri keduanya. Jeng jeng jeng... ha pasti terkejut kan bila aku sebut pasal hal ini? Kalau nak tahu di sini lah aku makin kagum dengan Aqmar walaupun jauh di sudut hati aku rasa nak cepuk je kepala Aqmar ni kih5 :P

Apa terjadi pada Khalida selepas itu memang memeritkan. Aku sendiri tak tahu nak menyokong siapa. Khalida atau Aqmar? Yang pasti kehadiran Tunku Dara memang amat menjengkelkan aku. Lupa nak cerita tentang Zainur. Dia ni pensyarah muda di universiti Khalida dan merupakan jejaka pertama yang disukai Khalida. Rasanya lebih tepat kalau aku gelarkan cinta pandang pertama Khalida. Tetapi jodoh mereka ‘tergantung’ seketika kerana Khalida mengahwini Aqmar. Dan seterusnya? Ha, sila baca sendiri. Tak best la nak cerita semua kan? :P

Ingatan pada yang mudah mengalirkan air mata, aku kira sediakan tisu atau sapu tangan kerana emosi anda pasti terusik!

Ps: Kalau tak silap novel ini dinobatkan novel terbaik CESB pada tahun 2006. Betulkan kalau aku silap :D


Download Nyanyian Tanjung Sepi PDF Nyanyian Tanjung Sepi PDF
Download Nyanyian Tanjung Sepi ERUB Nyanyian Tanjung Sepi PDF
Download Nyanyian Tanjung Sepi DOC Nyanyian Tanjung Sepi PDF
Download Nyanyian Tanjung Sepi TXT Nyanyian Tanjung Sepi PDF



Read information about the author

Ebook Nyanyian Tanjung Sepi read Online! Lulusan Diploma Pendidikan (KPLI) daripada Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) ini, pernah menjadi pendidik selama 13 tahun. Noor Suraya juga seorang Munsyi Dewan yang aktif dalam dunia penerbitan. Kini Noor Suraya mengetuai JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif di samping bertindak sebagai Pengarah Urusan untuk Jemari Seni Sdn. Bhd. Justeru, Noor Suraya juga bertanggungjawab memantau hal-hal yang berkaitan dengan editorial, pemasaran dan komunikasi di kedua-dua syarikat penerbitan ini.

Noor Suraya memiliki ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya, dan Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Massa/Pengurusan) daripada Universiti Sains Malaysia. Noor Suraya pilih membaca apa saja – daripada teks klasik, cerita-cerita panji dan warkah-warkah lama sehinggalah tulisan-tulisan kontemporari serta teks-teks ilmiah. Cerita kanak-kanak dan komik selalu menjadi ‘pembuka selera’ membacanya. Bidang yang menjadi perhatian khususnya Noor Suraya tentulah hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik, sastera dan budaya, sejarah (dan sirah), biologi, juga fasal sosiologi serta antropologi.

~ Noor Suraya telah menambah perbendaharaan kata baharu pada pembaca muda melalui penulisannya yang cermat ~



Reviews of the Nyanyian Tanjung Sepi


FELIX

On one Breath

FELIX

A hard book, obviously not for everyone.

HOLLY

The phone number must be written to protect against robots

JOSEPH

Compelling book!

LEXI

A hard, shocking, but extremely useful book that makes you think!




Add a comment




Download EBOOK Nyanyian Tanjung Sepi by Noor Suraya Online free

PDF: nyanyian-tanjung-sepi.pdf Nyanyian Tanjung Sepi PDF
ERUB: nyanyian-tanjung-sepi.epub Nyanyian Tanjung Sepi ERUB
DOC: nyanyian-tanjung-sepi.doc Nyanyian Tanjung Sepi DOC
TXT: nyanyian-tanjung-sepi.txt Nyanyian Tanjung Sepi TXT